Thursday, January 31, 2019

Biodata Penulis

Nama sebenar Nor Aisah Hussein, diberikan oleh nenek beliau sempena nama isteri Rasulullah S.A.W. iaitu Sayyidatina Aisyah.  Walaupun ejaannya berlainan, tapi sebutannya tetap aisyah.  Penulis merupakan seorang isteri serta ibu kepada 3 orang anak.

Dilahirkan pada tahun 1968, dibesarkan dan mendapat pendidikan rendah dan menengah di negeri Pahang.  Kemudian menyambung pelajarannya di Shah Alam dan seterusnya ke Amerika.   Akhirnya dengan izin Allah berjaya bergelar graduan dan menjawat jawatan sebagai seorang Jurutera Elektrikal di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.

Walaupun bekerja makan gaji, keinginan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa sentiasa menjadi impian beliau.  Setelah bekerja selama 22 tahun, akhirnya impian beliau tercapai.  Tahun 2013, dengan hasrat untuk mula membuat kerja dari rumah, beliau dilorongkan untuk bertemu dengan Puan Masayu, pengasas Akademi Bekerja dari Rumah.  Di bawah bimbingan beliau, penulis mula menjual barangan dropship dan seterusnya dibuka peluang untuk belajar gaya penulisan yang betul di blog.

Dari situ, beliau mula belajar cara untuk menghasilkan ebook.  Maka terhasillah ebook solo pertama ini Buat Duit dengan Resipi.

Bagi yang sudi boleh singgah di blog rasmi beliau, Tips Resipi Mudah Untuk Suri Rumah.

Wednesday, January 30, 2019

Amaran

1. Ebook ini adalah Hak cipta terpelihara https://buatduitdenganresipi.blogspot.com/

2. Anda dilarang sama sekali sama ada mengubah, mengedarkan atau menjual E-book ini kepada pihak lain.

3. Sebarang tindakan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

4. Oleh itu, hendaklah melaporkan kepada pihak admin sekiranya menerima ebook ini tanpa melalui https://buatduitdenganresipi.blogspot.com/

5. Tindakan anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan sebegini.


Ikhlas

Aishah Hussein

https://buatduitdenganresipi.blogspot.com/