Thursday, January 31, 2019

Biodata Penulis

Nama sebenar Nor Aisah Hussein, diberikan oleh nenek beliau sempena nama isteri Rasulullah S.A.W. iaitu Sayyidatina Aisyah.  Walaupun ejaannya berlainan, tapi sebutannya tetap aisyah.  Penulis merupakan seorang isteri serta ibu kepada 3 orang anak.

Dilahirkan pada tahun 1968, dibesarkan dan mendapat pendidikan rendah dan menengah di negeri Pahang.  Kemudian menyambung pelajarannya di Shah Alam dan seterusnya ke Amerika.   Akhirnya dengan izin Allah berjaya bergelar graduan dan menjawat jawatan sebagai seorang Jurutera Elektrikal di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.

Walaupun bekerja makan gaji, keinginan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa sentiasa menjadi impian beliau.  Setelah bekerja selama 22 tahun, akhirnya impian beliau tercapai.  Tahun 2013, dengan hasrat untuk mula membuat kerja dari rumah, beliau dilorongkan untuk bertemu dengan Puan Masayu, pengasas Akademi Bekerja dari Rumah.  Di bawah bimbingan beliau, penulis mula menjual barangan dropship dan seterusnya dibuka peluang untuk belajar gaya penulisan yang betul di blog.

Dari situ, beliau mula belajar cara untuk menghasilkan ebook.  Maka terhasillah ebook solo pertama ini Buat Duit dengan Resipi.

Bagi yang sudi boleh singgah di blog rasmi beliau, Tips Resipi Mudah Untuk Suri Rumah.

No comments:

Post a Comment