Saturday, February 23, 2019

Ebook Buat Duit dengan Resipi




Senarai Bab

Bab 1 - Tips Suri di Dapur

Bab 2 - Masak Pantas Ibu Bekerja

Bab 3 - Resipi Mudah

Bab 4 - Buat Duit Dengan Resipi


Bab 5 - 100 Idea Bisnes Makanan



Sunday, February 17, 2019

Ringkasan Ebook


Memasak di dapur tidak sepatutnya menjadi satu beban kepada suri rumah.  Bahkan ia patut menjadi terapi jiwa kepada suri rumah dan juga seisi keluarga.  Pengikat kasih sayang bermulanya dari dapur.

Ebook Buat Duit dengan Resipi kongsikan beberapa tips memasak di dapur.  Juga resipi mudah yang boleh membantu ibu-ibu yang bekerja, memasak dengan pantas walaupun penat bekerja di pejabat sehingga petang.  Namun tips ini juga sesuai untuk suri rumah yang tidak bekerja atau yang bekerja dari rumah(wahm).

Bagi yang mahu buat duit dengan bisnes makanan, baca perkongsian cara buat duit dengan resipi.  Buat Duit dengan Resipi berkonsepkan jual produk yang boleh membantu orang yang memerlukan.  Ini mesti dipegang erat-erat.  Bila kita bantu orang lain,  pasti Allah akan bantu kita dari jalan-jalan rezeki yang lain.

Perkongsian ini hanya pengalaman dan pemerhatian penulis. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua.



Monday, February 11, 2019

Ulasan Kelas Ebook

Pertemuan dengan Puan Masayu Ahmad di alam maya ini adalah secara tidak sengaja. Tahun 2013, ketika beliau mengumumkan tentang kelas online Asas Blog dan Penulisan, saya langsung tidak perasan mengenainya.  Sebaik sahaja saya terbaca status facebook beliau, saya terus menghubungi beliau bertanyakan berkenaan kelas tersebut.  Setelah berbincang saya bersetuju mendaftar sebagai pelajar.

Bermula dari situ, saya diajar cara menulis dengan betul. Dan mencari idea untuk menulis di blog.  Dari situ jugalah, Puan Masayu membuka ruang bagi pelajar-pelajar kelas blog untuk menghasilkan ebook.  Tertangguh lama juga bagi saya untuk betul-betul fokus dalam menghasilkan ebook.

Tahun 2019, saya mendaftar untuk Kelas Ebook secara online bersama Puan Masayu.  Kelas ini sesuai bagi mereka yang memang betul-betul serius untuk menghasilkan ebook.  Kalau betul-betul ikut cara yang diajar,  dalam masa 30 hari sudah siap.  Bagi yang betul-betul fokus, dalam 20hari sudah boleh siap sebenarnya.  Tetapi kalau tidak fokus, rugi bayar duit yuran sahaja.

Dalam kelas ini, kami dibimbing dalam memilih tajuk ebook serta pecahan bab.  Tips-tips menulis juga akan diberikan.   Kalau agak-agak ketandusan idea, boleh minta bantuan dari guru.

Guru garang ke? Guru tidak garang tetapi akan selalu ketuk kepala dalam kelas di grup wassap.  Jadi mana-mana yang berangan akan tersedar dari lamunan.  Setiap pagi tanpa jemu, Puan Guru akan ingatkan akan jadual dan tugasan yang patut dibuat.  Jadi terpulang pada pelajar sendiri, sama ada mahu selesaikan atau tidak.

Dalam kelas ini juga ada diajar cara untuk menjual ebook.  Sama ada melalui media sosial ataupun platform Ebook Store yang diberikan kepada setiap pelajar.  Kita tidak dibiarkan terkontang-kanting selepas siap, tidak tahu hendak buat apa selepas itu.

Bagi yang berminat, silalah daftar ke kelas ebook bersama Puan Masayu Ahmad.