Monday, February 11, 2019

Ulasan Kelas Ebook

Pertemuan dengan Puan Masayu Ahmad di alam maya ini adalah secara tidak sengaja. Tahun 2013, ketika beliau mengumumkan tentang kelas online Asas Blog dan Penulisan, saya langsung tidak perasan mengenainya.  Sebaik sahaja saya terbaca status facebook beliau, saya terus menghubungi beliau bertanyakan berkenaan kelas tersebut.  Setelah berbincang saya bersetuju mendaftar sebagai pelajar.

Bermula dari situ, saya diajar cara menulis dengan betul. Dan mencari idea untuk menulis di blog.  Dari situ jugalah, Puan Masayu membuka ruang bagi pelajar-pelajar kelas blog untuk menghasilkan ebook.  Tertangguh lama juga bagi saya untuk betul-betul fokus dalam menghasilkan ebook.

Tahun 2019, saya mendaftar untuk Kelas Ebook secara online bersama Puan Masayu.  Kelas ini sesuai bagi mereka yang memang betul-betul serius untuk menghasilkan ebook.  Kalau betul-betul ikut cara yang diajar,  dalam masa 30 hari sudah siap.  Bagi yang betul-betul fokus, dalam 20hari sudah boleh siap sebenarnya.  Tetapi kalau tidak fokus, rugi bayar duit yuran sahaja.

Dalam kelas ini, kami dibimbing dalam memilih tajuk ebook serta pecahan bab.  Tips-tips menulis juga akan diberikan.   Kalau agak-agak ketandusan idea, boleh minta bantuan dari guru.

Guru garang ke? Guru tidak garang tetapi akan selalu ketuk kepala dalam kelas di grup wassap.  Jadi mana-mana yang berangan akan tersedar dari lamunan.  Setiap pagi tanpa jemu, Puan Guru akan ingatkan akan jadual dan tugasan yang patut dibuat.  Jadi terpulang pada pelajar sendiri, sama ada mahu selesaikan atau tidak.

Dalam kelas ini juga ada diajar cara untuk menjual ebook.  Sama ada melalui media sosial ataupun platform Ebook Store yang diberikan kepada setiap pelajar.  Kita tidak dibiarkan terkontang-kanting selepas siap, tidak tahu hendak buat apa selepas itu.

Bagi yang berminat, silalah daftar ke kelas ebook bersama Puan Masayu Ahmad.



No comments:

Post a Comment